Newsletter Help
Change language Malay (Bahasa Melayu)

Bagaimana untuk menjadi ahli

Become a KPR member, and enjoy cheaper prices immediately. Register here.

Delivery to 24 countries is now much cheaper. Click here to learn about new shipping fees to your country.

New: Adansonia (Madagaskar), Tumbuhan saka, Bebawang

Borang Pendaftaran Keahlian

Saya inigin menjadi ahli KPR

Maklumat Keahlian

Daripada bulan September 2007 anda boleh menjadi ahli KPR walaupun anda tidak boleh berbicara atau memahami bahasa Slovak.
Pada tahun 2000, kami telah menubuhkan kelab kami dalam bahasa Slovak. Sejak itu kami mendapat banyak ahli yang kebanyakannya dari Slovakia dan Czechia.
Kini anda juga boleh menikmati kesemua faedah keahlian di KPR Slovakia - dan ia tidak peduli siapa anda dan apa bahasa and berbicara.
Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja dari seluruh dunia yang gemarkan tumbuh-tumbuhan. Sertai kami sekarang!
Malangnya, masih ada satu kelemahan: Anda tidak boleh membaca jurnal kelab kami Botanix, jika anda tidak memahami salah satu bahasa di Botanix yang tersedia.
Sebaliknya, mengapa tidak mulakan jurnal anda sendiri dalam bahasa anda sendiri? Berkumpul bersama dengan pekebun lain, berbicara bahasa yang sama, dan mula menulis atau mengumpul artikel menarik tentang berkebun,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya dan mulakan Botanix anda dangan bahasa anda sendiri!
Tiada sekatan untuk pencapaian hasrat anda sendiri!
Sebaliknya, maklumat yang berkembang khusus untuk pekebun Slovak tidak selalu bolehh digunakan di kawasan tropika dan sebaliknya, jadi mutasi bahasa tempatan Botanix adalah dikehendaki.

Keahlian KPR Slovakia

Mengapa perlu menjadi ahli KPR

1. Ahli KPR boleh memesan dengan harga yang lebih baik. Lihat contoh di bawah. (Tiada had minimum untuk memesan.)

Harga untuk ahli KPR Harga untuk bukan ahli %-diskaun
0,50 € 0,70 € 29%
0,70 € 0,90 € 22%
1,00 € 1,50 € 33%
3 € 4 € 25%

2. Setiap ahli boleh mengambil 5 biji benih PERCUMA setiap tahun (kecuali biji benih palma dan sikas, dan biji benih beberapa spesies yang terpilih) daripada Bank Biji Benih dan Tumbuh-tumbuhan KPR. Selanjutnya, ahli berhak mendapat diskaun 50% untuk sampel lain (harga standard ialah 1 Euro untuk sampel; manakala harga untuk ahli KPR hanya 0.50 Euro sahaja).

3. Pesanan ahli KPR diproses terlebih dahulu sebelum pesanan bukan ahli.

4. Perundingan percuma dalam 11 bahasa semasa tahun tentang tumbuhan yang membesar.

5. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Akaun Terbuka.

Akaun terbuka - Maklumat tentang Akaun Terbuka
Akaun terbuka ialah cara paling menyenangkan untuk membeli di KPR. Anda hantarkan kepada kami wang sebelum memesan sesuatu – Setiap kali anda ingin membuat pesanan, pesanan anda akan dicaj daripada Akaun Terbuka Anda dengan segera. Ini bermakna kami tidak perlu menunggu sehingga bayaran diterima untuk memulakan pesanan anda, dan pesanan anda boleh dipek dan dihantar dengan segera. Anda boleh menambahkan dana pada Akaun Terbuka anda pada bila-bila masa, dengan menggunakan salah satu kaedah pembayaran yang diterima.
Bila-bila masa anda inigin menambah dana ke Akaun Terbuka anda, taipkan nombor peribadi anda dalam pesanan untuk kami mengenalpasti tujuan pembayaran anda. Kemudian kamu kami boleh menambah dana ke Akaun Terbuka anda sebaik sahaja bayaran anda diterima. Tiada had untuk menambah dana ke Akaun Terbuka anda. Baki pada Akaun Terbuka anda boleh digunakan sebaik sahaj dana anda telah ditambah.
Jika anda ingin membayar pesanan anda dengan menggunakan Baki Akaun Terbuka anda, maklumkan kami dengan mesej berikut: "Pesanan saya akan dibayar dengan menggunakan Nombor Akaun Terbuka saya. XXXXXXX" Pesanan anda akan dicaj sebaik sahaja ia diproses dan ia akan dihantar sebaik sahaj ia dipek.
Anda boleh meminta dana daripada Akaun Terbuka anda untuk dikembalikan kepada anda. Namun, perlu diingat bahawa anda akan dicaj untuk wang yang dibayar semula kepada anda. Tiada caj dikenakan apabila mengembalikan wang anda melalui PayPal; dan bayaran maksimum untuk mengembalikan wang anda dengan moneybookers.com ialah 0.50 Euro. Tiada bayaran dikenakan untuk mengembalikan wang anda dengan menggunakan pemindahan bank tempatan di Slovakia dan Czechia. Jangan ragu untuk menghubungi kami tentang bayaran yang terlibat / kaedah bayaran lain untuk negara lain. Kami akan mengembalikan wang anda daripada Akaun Terbuka anda dalam masa 60 hari selepas permintaan anda diterima.
Nota: Penggunaan Akaun terbuka akan menjimatkan wang anda pada bayaran untuk pemindahan wang. Anda hanya perlu memindahkan wang anda sekali sahaja ke Akaun Terbuka anda dan membayar pesanan anda daripada akaun ini sebanyak mana yang anda perlukan.
Sebarang soalan?

6. Jika pesanan anda di tahun 2010 melebihi 80 Euro, anda boleh membuat pesanan untuk biji benih dan tumbuh-tumbuhan hingga 10 Euro dengan percuma.

7. Membeli-belah secara percuma dengan kami dengan loteri tahunan dengan harga 50, 30, dan 15 Euro.

...dan banyak kelebihan lain yang berkaitan di mana kami akan terus memaklumkan anda.

Syarat-syarat keahlian

1. Anda perlu mengisi Borang Pendaftaran Keahlian dan membayar kos langganan tahunan sebanyak 10 Euro sebelum 31 Mei tahun keahlian. Wang langganan keahlian digunakan untuk pembangunan aktiviti KPR di seluruh dunia.

Bayaran keahlian tahunan untuk 2010

(Keahlian sah dari 1.10.2008 sehingga 31.12.2009)

Langganan Tahunan Tahun pertama Memperbaharui untuk tahun depan
10 Euro 5 Euro

2. Anda perlu membuat sekurang-kurangnya 2 pesanan setiap tahun daripada Tawaran Kelab. Tiada had minimum untuk pesanan.

3. Anda juga boleh membayar bayaran sukarela bersama-sama dengan langganan keahlian anda yang turut digunakan untuk pembangunan rangkaian KPR di seluruh dunia.

Berminat untuk menjadi ahli KPR? Ia mudah! Sertai kami sekarang. Hanya isi Borang Pendaftaran Keahlian ini.

Borang Pendaftaran Keahlian

Saya inigin menjadi ahli KPR


Anda telah menambah barang ini ke dalam Bakul Beli-Belah anda.